Monkey D. Luffy WANTED poster - as advertised in Taipei Main Station Mall

It was raining that day. I always wanted to get rid of the rain - by getting out of the Palace early, so that I can continue my journey to the next city. Today, somehow, I did not have the strength to do so, maybe because of the early morning scold by my master.

I believed I had served him well. I scouted paths before he travelled through, I checked his sword, sharpened it before any battle and I tasted the food before he ate it - to make sure that it is not poisoned.

Though I loved my job – especially the food tasting, I always believed that my master does not have what it takes to be our leader.

I dreamt of taking over his place all the time!

That day, I failed miserably. I knew I deserve to be scolded. But still, I believed that he does not have the cut to be a wonderful leader – he does not do what is required to be one.

I always believe that to be someone great, you have to do great things.

That day, I learned something. Great people just do not do great things in front of your eyes. They did it every time.

What’s even greater – my master offered me the opportunity to do the miracle. Shocked – I leave the honour to him.

Then I thank God for the opportunity to see a great miracle at work – and I prayed that he stays that way.

I then trudged through the drizzle – scouting.

p/s: I was a boy-scout once. Someone told me that boy-scout also means something else.
p/p/s: The miracle was not food-tasting, in case if you are wondering.



Oct 25, 2009

Minna, Arigatou~

It is quite surprising to know that, during my absence in writing, there are still few clicks here. It is true that however we see it, updating your blog should be in one's list of responsibilities. Some might go as far as saying "this is my blog, therefore, it is my choice to update it".


Respect

I respect those who read this page. It is because you took the time to read someone else's opinion on things, what revolves around him, and some even leave comments: a gift that all bloggers wanted - however they may deny this simple gesture as having an effect to them.

One asked me to update this page.

A living page

I don't know why, but somehow, this page has a life of its own. On two different occasions, I was told that they read my blog even though I did not update. It is because there are other people's updates featured at the sidebar of this page, updating every hours with new thoughts and experiences.

On these two occasions, both conveyed a message that they learned a lot by reading my friend's blog. I too am learning from them: but I never thought my blog can act as a bookmark for someone else to read my friend's updates.

Malaikat

On one occasion, someone told me that I have 'Angels' as friends. The way these people conduct themselves (in the Internet) are pious. The message that they deliver filled with warmth and peace. They hardly putting on bad light on matters.

On the other, someone told me that he learned where the next "Intellectual Discourse" will be by reading my (friend's) blog.

Connecting people

I believe I belong to various circles of friends. The topics I discussed here varies from time to time. I have interests in many different things. I guess, that's how people meet each other. From someone you know that knows someone that her friend knows someone.

What disappoints me is that sometimes, the traffic only goes one-way. By one-way I do not mean that you have to comment on my friends blog, but what I really mean is there's this one group who didn't take the opportunity to get to know the others.

These people may provide solutions in their blogs - therefore the heavy traffic into their pages, but they did not go and have a look into the source of the problems - get to know where the solutions can fit in.

Come on, get together and play nice with each other.

Arigatou.

Some of you friends who are listed on the sidebar changed people's life. I want to thank each and everyone of you for making your blogs updated, filled with information, solutions, problems to be solved and rantings on your life. You never know how your blog can benefit others. Even if you are writing about a vase behind the wall that you cannot see (what the...).

Thank you. Now I have many reasons not to write often. LOL!

p/s: I am in the state of living a story of my own. I am not prepared to share with you the stories of what happened until 'it' happened. I believe, after 'that' point of my life, I will eventually tell you the story - for the sake of sharing and learning from each other.







Raya tahun ini saya banyak mempelajari berkenaan "memberi". Selain daripada merupakan tahun pertama saya menjadi 'distributor' di pagi raya, ada banyak peristiwa yang berlaku pada Syawal 1430 H yang pada pendapat saya, tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Mungkin inilah yang dirasakan oleh atuk, nenek, pakcik, makcik, ibu dan ayah saya apabila memberikan sesuatu, samaada di pagi raya, beberapa hari selepas raya pertama ataupun selama-lamanya.

Ibu bapa

Syukur ke hadrat Allah, pada tahun ini, saya sudah bisa memulakan untuk memberi sedikit token apresiasi kepada kedua ibu bapa saya. Sengaja saya memberi 'duit raya' sedikit awal, iaitu sehari sebelum raya - untuk mengambil berkat Ramadan. Ada juga ibu mempersoalkan samaada saya berkira-kira dengan Tuhan kerana melakukan sedimikian.

Bagi saya, saya perlu mengambil semua peluang yang ada. Oleh kerana saya bukanlah ahli ibadah, hafiz qur'an ataupun sesiapa yang tidak banyak dosanya, saya merasakan bonus Ramadan yang dikurniakan Allah perlulah direbut. Awal atau lambat, namanya tetap "duit raya" bagi saya.

Sedikit kelakar, apabila saya memberikan duit raya kepada ibu bapa saya, namun pada masa yang sama, makan dan minum saya masih lagi ditanggung mereka. Kalau dihitung, perbelanjaan untuk pulang beraya (tol, minyak kereta) sahaja mungkin sudah melebihi duit raya yang saya berikan.

Aduh, memang banyak lagi bakti dan jasa yang selama ini ditabur kepada saya oleh kedua ibu bapa. Nampaknya, saya perlu berusaha lebih keras lagi untuk membalas jasa mereka.

Sepupu-sepapat



Wajah ceria Aidilfitri - Kira - kira yang perlu dibuat.


Sepupu memang ramai. Yang masih bersekolah pun ramai. Mereka ini, saya sudah buat peruntukan khas. Awal sebelum bulan puasa lagi saya sudah berkira-kira untuk memberikan sesuatu kepada mereka. Dilema peringkat awal, ialah berapa yang sepatutnya diberikan kepada mereka?

Rakan sekerja pula mula menceritakan pengalaman raya tahun-tahun sebelumnya apabila ada yang membuka sampul duit raya di hadapan si pemberi sambil mengatakan, "Alahai... Seringgit aje?" .

Syukur Alhamdulillah, apabila nyaris sahaja saya membatalkan hasrat untuk memberi, Allah memberikan saya rezeki lebih untuk makbulkan hajat saya. Akhirnya, saya memutuskan untuk memberi dahulu sekadar mampu, dengan kesimpulan yang saya buat terhadap diri saya - saya baru sahaja bekerja beberapa bulan, tahun-tahun akan datang akan lebih banyak daripada tahun ini insyaAllah (pada masa yang sama bilangan sepupu turut bertambah).

Sedikit kekesalan saya pada tahun ini ialah, saya gagal merancang untuk menghadiahkan sesuatu kepada pakcik dan makcik saya. Tahun hadapan, perancangan perlu lebih baik.

Adik beradik


'Memberi' kepercayaan untuk dua orang adik memandu kereta ke Kuala Lumpur. Ini boleh dikira sebagai satu pemberiankah?


Syukur, tahun ini juga mula memberi kepada adik beradik. Biasanya sebelum ini, pemberian untuk adik beradik hanya berkisar tarikh lahir mereka sahaja. Tahun ini, saya gembira dapat memberi kepada mereka juga, diluar tarikh lahir. Kegembiraan saya untuk memberi kepada mereka mungkin sahaja melampaui batas masa selepas ini.

Dan biasanya, saya meletakkan syarat kepada adik-adik saya. Terutamanya yang lelaki (macamlah ada banyak adik lelaki) . Syaratnya, duit yang diberikan hanya boleh digunakan untuk jalan ma'ruf sahaja.

Sebenarnya, memang sepatutnyalah kita membelanjakan untuk jalan yang baik sahaja. Tetapi, cuba kita renung sekali sekala. Astaghfirullah, saya mendapati, ada juga wang saya yang keluar untuk perkara sia-sia.

Saudara jauh

Kalau nak diikutkan saya sebenarnya sudah mula memberikan duit raya sebelum Ramadan lagi. Yang paling awal ialah seawal Ogos. Saya memberikan duit raya awal kepada Dani dan Lala semasa saya berada di Taiwan.

Dani bengang selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang budak lelaki Cina. Silap saya bila jalan tak tengok depan!


Keluarga sebelah ibu memang besar. Ayah kepada atuk lelaki berkahwin dua. Jumlah anak semuanya 25 orang, termasuk atuk lelaki saya. Di Taiwan, saya bertemu dengan Abang Hashim dan Kak Adda, the best Malaysian couple in Taiwan! Syukur, dalam pada saya dan Sayuti berkira-kira untuk mencari tempat untuk tinggal bagi hujung minggu tersebut, Abang Hashim terus sahaja mengambil kami untuk minum-minum, dan menawarkan tempat untuk bermalam bagi hujung minggu tersebut.

Kasihan juga dengan Dani dan Lala. Mereka perlu beraya di perantauan pada umur yang masih muda. Saya belum lagi merasakan perkara sedimikian dalam hidup saya setakat ini.

Syoknya memberi

Bukanlah tujuan saya untuk memberitahu semua berkenaan saya telah memberi banyak duit raya pada aidilfitri kali ini (sebenarnya bukan banyak mana pun - cuma nasib baik tiada siapa yang buka sampul raya dan menjerit ".....ringgit aje?!!"). Tetapi saya sangat gembira untuk berkongsi dengan semua kegembiraan memberi dengan semua.

Memberi bukanlah semasa Aidilfitri dan Ramadan sahaja. Adik saya baru-baru ini 'berlatih' untuk senyum. Katanya, "senyum itu sedekah".

Kalau dalam musim raya ini, "memberi masa" dan melawat sanak saudara mungkin satu perkara yang kita sukar lakukan. Ketahuilah bahawa kita sedang menyenangkan hati mereka dengan melawat mereka, dan 'menghabiskan' makanan yang dijamukan kepada kita. Falsafah 'sepenuh-penuh peti, takkan tak muat sehelai sapu tangan' digunakan secara maksimum untuk menjamu kuih raya selepas perut sudah selesa dengan rendang dan ketupat.

Cumanya, apabila kita dihadapkan dengan pilihan berat - Allah mahukan kita untuk memberikan perkara yang terbesar dalam hidup kita, saya risau sekiranya tidak mampu melakukannya. Saya risau sekiranya saya tidak boleh 'enjoy' dalam memberi lagi.

Apabila saat itu tiba, saya kurang pasti bagaimana tindakan saya.

Yang baiknya, saya sedang melihat seseorang yang sedang berhadapan dengan perkara tersebut di hadapan mata. Kekuatan perlu diraih, semangat setiakawan, dan yang paling penting sekali kebergantungan dengan Allah. Saya mendoakan beliau berjaya dalam memberi yang terbaik, meskipun dalam masa yang sama, bisikan syaitan di hatinya semakin menjadi-jadi. Semoga beliau terus melihat kehidupan ini dengan mata hati, dan dapat terus 'enjoy' dalam memberi.

Banyak yang perlu saya belajar. Benarlah, 'real' tak sama dengan 'ideal'. Cuma saya sahaja yang perlu terus menerus berhajat untuk melihat dunia ini dalam bentuk ideal - menurut acuan Penciptanya - dan saya rasa mula-mula saya perlu tanamkan sifat memberi ini.

p/s: Maaf. Post ini sudah lama dikarang, tetapi ambil sedikit masa untuk dipaparkan.
p/p/s: Semoga beroleh manfaat. =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
from
Mohamad Hilman bin Nordin

p/s: This post is made on a rush. I'm going to share with you more on raya, insyaAllah
p/p/s: Going for a long drive to Mersing, Johor. Going to be back in KL on Wednesday.
p/p/p/s: Enjoy your raya ppl! -Pray that all our ibaadah is accepted by God-


Realiti berpuasa pada umur yang kian meningkat, sangat berbeza daripada berpuasa pada zaman persekolahan dahulu. Kalau tak tengok jauh sangat pun boleh. Lihat sahaja zaman belajar dahulu. Bukanlah lama mana zaman itu saya tinggalkan. Aduh, kalau difikirkan kembali, amat banyak amalan yang kali ini tidak ada kesempatan untuk saya lakukan.

Ah, mungkin sahaja saya mencipta alasan. Iyalah, mudah untuk saya katakan yang setelah mula bekerja, banyak masa saya dicuri untuk pekerjaan. Ah, bukan. Sebenarnya, banyak juga masa yang saya sendiri curi untuk kegunaan sendiri. Malang buat saya, apabila yang saya katakan sendiri itu, bukan untuk pencipta diri, tetapi untuk merugikan diri sendiri.

Merajuk

Baru-baru ini saya 'merajuk' dengan adik. Hari cuti. Bukan ada kerja apa pun. Saya meminta untuk menggunakan PC di rumah. Kononnya untuk belajar mengawal kehidupan manusia, kewangan mereka, keluarga dan hubungan kejiranan mereka, dan pengejaran pangkat dan cita-cita - erti kata lain, mencuba permainan baru yang terisi dalam PC di rumah, The Sims 3.

Kemudian, setelah meminta berkali-kali dan menyatakan alasan saya untuk bermain permainan tersebut - iaitu untuk menjadi bahan dalam blog saya - akhirnya post ini; setelah ditolak berkali-kali oleh adik, saya masuk terus ke bilik saya, mengunci pintu dan mula membaca buku tebal yang tak berusik setelah sekian lama. Syakirine, terima kasih kerana tidak membenarkan abang main game tersebut. Dapat abang baca satu chapter buku yang 'menakutkan' itu.

Sweet. Selepas itu, adik saya menulis nota kecil, diselitkan di bawah pintu bilik saya - saya tidak sedar kerana telahpun buku sudah mula membaca saya.

Nilai yang tidak terus meresap dalam diri


Aduh, dalam game pun nak jadi jahat juga! -Picture from romperz.com

Berbalik kepada The Sims 3 - bukannya apa. Kita sangat-sangat bagus mengawal kehidupan karakter-karakter dalam game tersebut, mengurus keluarga, kewangan, kadang kala menguruskan kenaikan pangkat dan penambahan ilmu karakter-karakter rekaan kita. Kalau boleh dalam sehari itu, kita maksimakan apa yang boleh dibuat.

Kita minta karakter kita mambaca buku sehingga berjam-jam - supaya esoknya dia mungkin ada kemahiran 'Cleaning' atau 'Cooking' untuk kenaikan pangkat seorang Chef.

Aduh, itu kehidupan maya. Kehidupan realiti? Ha! Kita yang berjam-jam menghadap komputer dan memainkan karakter-karakter itu! Bila pula kita sendiri nak belajar memasak dan mengemas?

The 10,000 hours-rule


Slaid yang dibuat sempena pembedahan yang dilakukan


Baru-baru ini saya diberi kesempatan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat di BT, Seksyen 14 - Jangan tanya saya ianya singkatan untuk apa; buku yang telah lama saya baca iaitu Outliers karangan Malcolm Gladwell. Dari dahulu lagi saya ingin kongsikan buku ini di dalam blog, tetapi apa yang berjaya dibuat cuma draf postingnya sahaja.

Dua perkara dalam buku tersebut yang menceritakan tentang "A story of Success" ialah bahawa kejayaan itu terletak pada peluang yang dicapai dan juga legasi - dan pergi jauh sejauh ethinicity! Si Malcolm itu berkata, ada bangsa-bangsa tertentu yang boleh berjaya, dan ada juga yang terpaksa untuk tidak berjaya (walaupun Malcolm bukan simpulkan ke tahap ekstrim itu - ini kesimpulan yang saya dapat)

Tetapi yang lebuh menarik perhatian saya ialah "10,000 hours - rule" - untuk menjadi seorang maestro, grandmaster, expert, specialist, primadona dan pemenang Nobel Prize, yang diperlukan ialah masa yang kita isi dengan baik (sehingga 10,000 jam!) untuk terus berlatih. The Beatles bermain muzik di Hamburg 8 jam sehari, setiap hari sebelum menjadi terkenal. Mozart hanya selepas 10 tahun menggubah, baru menghasilkan 'masterpiece' yang pertama!

Sekali lagi. Masa.

Bulan Ramadhan ini, masanya dirasakan berlalu sangat pantas. Saya memanglah bekerja, tetapi banyak lagi masa sebenarnya yang saya salah gunakan. Kalau hebat urus masa dan pencapaian dalam permainan The Sims 3, tetapi bukan dalam realiti - apakah gunanya. Hebat betul urus masa bersama jiran-jiran, urus masa bersama anak-anak kecil, bersama bos (boleh tuang kerja juga dalam game ini!) tetapi realiti, ada di hadapan komputer, bermain permainan ulang-ulang tanpa henti.

Iya, seorang mati, selepas itu kita bermain menggunakan cucunya pula. Kehidupan manusia berulang-ulang ini sebenarnya sangat menarik untuk diperhatikan.

Saya sememangnya sangat lemah dengan masa ini. Dan bulan Ramadhan benar-benar menguji. Pejam celik, sudah tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi. Sebak Aidilfitri seolah tak bermakna apabila memang kitasendiri yang pilih untuk tidak melakukan apa-apa sepanjang Ramadan ini. Subhanallah, banyak yang perlu saya perbaiki.

Harapan saya kepada Pemilik Masa - "HambaMu ini tahu, hamba tidak mempunyai masa panjang di muka bumi ini. Isikanlah masa hambaMu ini dengan kebaikan, peluang-peluang membuat kebaikan dan masa untuk bersyukur atas segala kebaikan. Isikan masa hambaMu ini dengan menjauhi keburukan, peluang-peluang untuk mencegah keburukan dan masa untuk bertaubat atas segala keburukan yang telah dilakukan. Redhailah segala apa yang hambaMu lakukan di muka bumi ini."

Harapan saya kepada pembaca - semoga semua berjaya memanfaatkan masa Ramadhan, masa umur muda, masa hidup dengan melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan. Doakan kita semua. Salam Ramadhan - belum tentu lagi tahun depan boleh begini lagi.

Clicky Web Analytics