11 Julai 2009♦Auditorium Muzium Shah Alam♦6 kertas kerja
Dirasmikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
'Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan'


Perjalanan saya bersama Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (KO-SPIN '09) merupakan satu perjalanan memahami suatu yang tidak saya sedari sebelum ini. Hari Sabtu 11 Julai 2009 ini di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal berlangsung suatu sejarah yang menjadi hadiah GAMIS kepada negara. Perjalanan menuju destinasi 'hadiah' tersebut merupakan perjalanan yang melibatkan banyak perkongsian dan percambahan idea, muhasabah dan kesedaran dalam diri.

Perjalanan yang bukan milik saya seorang, namun setiap yang bergerak pasti berbeza pengalamannya.

Saya terpaksa melihat semula kuliah kejuruteraan 4 tahun di universiti menggunakan 'tauhidic worldview'. Saya kini mengakui bahawa sesungguhnya Allah memberikan peluang yang sama kepada para hambaNya untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Bayangkan sahaja perisian komputer yang bisa menunjukkan aliran pemindahan haba; asalnya dibina dengan menggunakan bahasa pengatucaraan yang melibatkan matematik, berdasarkan eksperimen-eksperimen yang mengaitkan kondisi-kondisi persekitaran aliran pemindahan haba tersebut. Ada hukum-hukumnya yang tertentu.

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-A'raaf : 54)

Pemindahan haba dalam 'mixer' - Dua aliran masuk, satu aliran keluar


Sebelum ini melihat corak pemindahan haba mampu sahaja membuatkan saya kagum dengan pengatucara dan penemu-penemu kondisi-kondisi persekitaran pemindahan haba yang membawa kepada corak berwarna-warni tersebut.

Sepatutnya, bisa saja saya kagum dengan Allah, pentadbir urus alam semesta, yang mentadbir dari sekecil-kecil zarah sehingga urusan pentadbiran alam semesta yang tak terjangkau manusia. Masakan pentadbiran pemindahan haba dalam kondisi mikro seperti ini tidak ditadbir oleh Allah?

Ketika menemui hakikat ini, saya tersedar, sistem pendidikan di negara ini masih banyak ruang untuk pembaikan. Itu hasil pengalaman saya, saya percaya penggerak-penggerak KO-SPIN '09 masing-masing ada pengalaman-pengalaman mereka yang berharga.

Perjalanan menuju kepada KO-SPIN '09 merupakan perjalanan merendah diri. Masakan tidak, bidang pendidikan bukanlah bidang pembelajaran saya, seperti mana bidang agama bukan bidang saya. Apabila berkali-kali melihat semula kepada objektif kongres menyebabkan saya merasakan banyak lagi perlu dilakukan. KO-SPIN '09 merupakan langkah pemula untuk membetulkan pandang alam terhadap pendidikan agama Islam dalam negara. Pada masa yang sama, tidak dapat mengelak untuk menyentuh soal pensekularan sistem pendidikan.

Sebagai pemula untuk rejuvenasi sistem, perjalanannya masih panjang. Pengalaman yang ada di dalam perjalanannya juga sangat luas. Sokongan kerajaan, ahli-ahli akademik, NGO dan orang awam amat diperlukan. Kalaupun tidak dapat menyokong permulaan, pastikan menjadi penyambut baik kepada penerusan rejuvenasi ini.

Doakan agar usaha ini berterusan dan mendapat pertolongan dan keredhaan dari Allah.

p/s: Details, here (http://kongrespendidikan.blogspot.com)


3 comments:

Razali Zaidin said...

Tahniah bro... Teruskan perjalanan hidup anda

Mohd Firdaus Bin Rahiman said...

FLUENT seminar, I'm actually beside this guy in that class.

I have a vague idea on what you're cause is because all we talked about was mainly on work, tech and productivity.

Having a vision is good, having a plan is better, but having a cause to fight for is best.

And with a never ending resilience for that fight is what makes one great my friend.

Don't mind me and my antics, forward is the only way to go for people like you. I'll be in the backgrounds. :)

Mohamad Hilman bin Nordin said...

razali
thanks. i know you are going to be someone important in the future.

firdaus
naah.. you are not going to be in the backgrounds. i'll push to the front!

Clicky Web Analytics